Sunday 30 December 2012

KeNanGaN iTU

Kenangan itu yang masih ku simpan didalam ingatan ku. Yang tak pernah ku lupa sehingga kini. Tetapi adakah insan yang aku sayang itu masih mengingati kenangan itu . Detik perkenalan pada awal tahun 2011 merupakan kenangan yang sukar untuk dilupakan.. Bermula di laman sosial MIRC kami berkenalan. Bermula dengan usik-mengusik, bertukar2 number telefon.Akhirnya kami berkawan dan menjadi seorang kekasih akhirnya.

Tiga bulan kami berkawan dan menjadi kekasih, pada tarikh 1/7/2011 ( jumaat ) akhirnya kami bertemu. Detik yang amat bermakna. Yerla selama ini kami hanya berbual2 melalui telefon, 3g dan skype sahaja. Bila dah bertemu depan2 ini perasaan itu lain rasanya. Alhamdulilah akhirnya bertemu juga, walaupun pada awal perjumpaan itu berlaku macam2 dugaan. Yerla mana taknya, dia tak pernah naik bas. Dan tak pernah sampai ke seremban, tut tut tiba2 dia boleh sampai ke Kuala Lumpur... Rasa nak tergelak sakan masa itu tapi tahan jerla. Yerla kita kenalah menjaga hati orang yang kita sayang.

Dalam masa kami bercinta terlalu banyak dugaan, dengan gangguan kekasih lama sidia yang betul2 menguji tahap kepercayaan aku pada si dia. Tapi atas nasihat2 orang lebih berpengalaman dan lebih berusia akhirnya aku mempertahankan juga perhubungan kami. Walaupun kekasih lama si dia sanggup aibkan sidia di facebook. Dengan update picture separuh bogel di laman sosial facebook. Hanya Allah yang mengetahui pada saat itu. Tapi aku bersyukur kerana pada saat itu terlalu ramai yang memberi sokongan dan semangat padaku. Terima kasih buat mereka yang dah banyak membantu aku pada saat itu.

Dalam setiap perhubungan itu ada pasang surutnya. Aku juga tidak terkecuali, entah kenapa sejak akhir2 itu sidia seperti mengabaikan aku. Salah aku ke ? Aku ada buat salah ke ? Sehingga lah pada suatu hari si dia tiba2 menghilangkan diri. Hmmmm, siang malam call. Tak pernah sekalipun sidia mengangkat call aku. Setiap  kali aku sms tidak pernah satu pun dia reply. Sedih dihati ini tidak dapat ku gambarkan. Setiap hari aku berdoa agar satu hari nanti Allah tunjukkan kebenarannya. Setiap malam, airmata menjadi teman yang setia.

Tiga bulan sidia menghilangkan diri, pada saat aku ingin membuang segala memori itu. Tiba2 sidia muncul kembali.. Saat itu hanya Allah yang mengetahui betapa gembira hati ini yang tak dapat ku gambarkan. Terima kasih Ya Allah kerana dah makbulkan doaku. Tetapi kegembiraan itu hanya sekejap sahaja, apabila si dia menyatakan bahawa dia telah bernikah.. Ya Allah betapa hancur hatiku ini hanya Allah yang tahu. Siang malam aku menangis, betapa sakitnya hatinya ini.. Tiada siapa yang tahu. Tapi hidup perlu diteruskan..

Tapi sehingga ini aku masih sayang dan cintakan dia. Tapi macam bodoh lak kalau aku terus mengharap dia pulang kembali pada aku. Kerana semua itu takkan terjadi, kerana dia sudah menjadi hak milik orang lain. Apa2 kenangan dulu akan tetap aku simpan didalam hati ini sebagai memori yang terindah... Buat Sidia yang aku sayang, aku mendoakan agar kau bahagia bersama isteri tersayang. Sayang macam mana sekalipun aku padamu, jika telah ditetapkan aku bukan milikmu aku tetap bukan milikmu. Kerana itulah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Terima kasih kerana pernah mengembirakan diri ini dan pernah menyayangi dirimu... 

# TIDAK PERNAH DIRI INI MEMBENCI DIRIMU, MALAH DIRI INI SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN DIRIMU DENGAN PASANGANMU#

Saturday 29 December 2012

Hari Yang Memenatkan !!!

HAi hAI SemUa !!! SElAMAt PETaNG, peRgHHH hARi iNi , hArI yANG mEMeNaTKaN.. mANA taKnYA oRAnG sHOOPiNG bARAnG sEKoLAH KItA PuN siBuK sAMA nAK IKuT!! HE He He !! taPI YA aLLAH, LEtIHnYA tUHAN SaHAJa yANG MEnGEtAHUI tAU !!! 

SERoNOk pULaK rASa bILa sHOPPinG bARANg sEKoLAH iNI, tERASA mACAM BUdAK sEKOLaH PUlAK, tAPI uMUR daH mENINGKaT DEWAsa INI kaN, HA ha ha ha HA... TapI SAtU jerLaH yANg akU taK PahAM DENgAN maSyARaKAT mASa kINI.. yANg sUKa ShOPPiNG sAAT2 aKHIr.. peRgHHH taDI MAsA kaT baNDAR, rAMAI gILA oRANG taHU.. sESAK2 rASAnYA. JALaN pUN saMPAI JaMMed gILer.. tAPI tAK ADalAH sAMPAi nAK gILa OKIes !!

sEPAtUt sEBagaI iBU bAPA KIta PeRLu paNDAI DAN bIJak uNtuK meNcaRI mAsa yanG SEsUAI uNtUK mEMbELI BARanGAN sekOLAH ANak2.. yerLAH jaNGANlah beLI diSAAt akHIR!! sEPaTUTnYA dI SAAt2 akHIR, iBU bApA SEpaTUTnYA MEMeNTiNGkAN haL2 yaNG bERKaItAN dENGAN seKOlaH, coNtOHnyA ;- yUraN sekOlaH, yUrAN pIbG, bUKu2 tULIs DaN laIN2.. HAL2 YAnG bEgINi sEPATUtNYA iBU BApA PenTiNgKAN diSaat2 aKHIR iNI.. iNi tIdAK, maSIH rAmaI IBU baPA YaNG siBUk sHOPPING BajU2 sEKOlaH pAda SAat akHir !! HuH, TERaSA mACaM sHOPPiNG uNtUK rAYA JEr Tau !! 

aPA2 pUN tAK kISAhLAH, YAnG peNTiNG anAK2 mENDApAT kEsELESaAN MasA HArI pERTaMA pERseKOLahAN.. tAPI aNAK2 sEKARanG uNTUnG, bAJU SEkOLAH bELI jER, taK PAYah SiBUk2 naK bELI.. zaMAn akU ? ISKKKKkkkk jANGAn hARAP laH oKiESS.. seMUA nENek AkU buATKAn bAJU sekOLAH, kaTANYA jiMAT.. he He He.. TaK kISAhLah Kan, JaNJi DulU maSa ZAman pErSEkOLahan Aku, AkU mERaSA jUGak pAKAI bAjU BaRU.. :)






Friday 28 December 2012

Kisah Ku


Hidup Ini Kena Tempuh Berbagai Rintingan, Tak Kira lah Macam Mana Dugaan Itu. Itu Semua Akan Kita Lalui sebagai Seorang Insan Yang BernaFas Dibumi Allah ini. Eyla juga tak terlepas daripada ujian yang telah diberikan.. Eyla terima dengan hati yang redha, walaupun terlalu pahit untuk Eyla telan.. Kerana setiap dugaan yang diberikan membuat aku menjadi manusia yang matang dalam membuat sesuatu keputusan dan berhati-hati untuk menempuh rintingan yang mendatang.


Eyla bahagia ??? bahagia dihadapan semua orang je kot .. hehe kenapa eyla cakap macam itu ?? Hmm... Eyla tak pernah merasa apa itu bahagia, bahagia itu hanya Eyla merasai sekejap sahaja, selepas itu kebahagiaan itu hilang begitu sahaja... Eyla tak pernah tahu macam rasanya bahagia... Eyla pun tak tahu apa yang Eyla inginkan dalam hidup Eyla ini. Cuba untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Cuba untuk terbaik untuk orang2 yang Eyla sayang.. Tapi kenapa kebahagiaan itu hanya menyinggah sekejap didalam hidup ini?..



Persoalan demi persoalan mula terbit didalam fikiran.... Iskkk !!! hmm bilakah kebahagiaan akan datang dalam hidup ini ? Cuba korang bayangkan, taip kali kalau eyla keluar jalan2 tengok orang lain happy2 dengan family masing2,,, hati ini tersentuh dan terasa ingin menangis.. Betapa cemburunya melihat orang lain bergembira bersama family masing2... Eyla ?? Alangkah bahagianya Eyla jika 23 tahun yang lalu mak ayah Eyla tidak berpisah... Mesti Eyla ada sebuah keluarga yang amat bahagia sekarang ini. Tapi eyla tak boleh salahkan Qada dan Qadar. Mungkin ada sebab kenapa dan mengapa perpisahan itu terjadi. Eyla tidak boleh menyalahkan takdir. Mungkin ada hikmah disebaliknya...


Eyla tetap merasa sunyi.. Eyla juga terlalu dahagakan kasih sayang daripada mak dan abah eyla. Walaupun nenek dan arwah toki yang membesarkan eyla,tetapi kasih sayang dari seorang ibu itu orang kata berlainan.. Tapi eyla tak pernah membenci mak abah eyla.. Tanpa mereka, belum tentu eyla ada kat dunia ini.. Apa2 pun eyla masih menghormati mereka berdua,walaupun hubungan kami itu tidak rapat. Apa2 pun terima kasih buat nenek dan arwah toki yang dah membesarkan eyla, jasa mereka berdua ini terlalu bereerti buat eyla.. Tak terbalas rasanya... Eyla sayang nenek dan toki... :')

MEMO :- DALAM KEHIDUPAN INI TIDAK SEMUA MEMPUNYAI KEHIDUPAN BERKELUARGA YANG BAHAGIA, KERANA MASIH RAMAI DILUAR SANA YANG ANAK YATIM, BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI KELUARGA, HARGAILAH KELUARGA ANDA, SAYANGI MEREKA JANGAN MENJADI ANAK YANG MENDERHAKA.

Eyla Jerk !!!

Assalamualaikum semua.. Okey u All, ini Blog eyla yg tak tahu kali ke berapa buat !!! bukan pe, kebanyakkan blog semuanya lupa pass !! Hish banyak sgt pass yg kena ingat !! hahaha !!!
Blog ini dibuat bukan tujuan untuk apa2 pun sekadar suka2 je, nak berkongsi kisah kehidupan eyla ni.. So kalau sudi nak follow, silakan.. Amat dialu2kan, if  tak nak eyla tak paksa.. Sebab tiada yang menarik yang nak dikongsikan !!! So tagline biasa bagi eyla adalah, "NOTHING SPECIAL ABOUT ME" ^___^


Its Me Eyla

Hye guy!!! me here !!!!!!

Feel inside my heart... Nothing Special About Me Here !!!
 

nothing about me. Design By: SkinCorner