Friday 28 December 2012

Kisah Ku


Hidup Ini Kena Tempuh Berbagai Rintingan, Tak Kira lah Macam Mana Dugaan Itu. Itu Semua Akan Kita Lalui sebagai Seorang Insan Yang BernaFas Dibumi Allah ini. Eyla juga tak terlepas daripada ujian yang telah diberikan.. Eyla terima dengan hati yang redha, walaupun terlalu pahit untuk Eyla telan.. Kerana setiap dugaan yang diberikan membuat aku menjadi manusia yang matang dalam membuat sesuatu keputusan dan berhati-hati untuk menempuh rintingan yang mendatang.


Eyla bahagia ??? bahagia dihadapan semua orang je kot .. hehe kenapa eyla cakap macam itu ?? Hmm... Eyla tak pernah merasa apa itu bahagia, bahagia itu hanya Eyla merasai sekejap sahaja, selepas itu kebahagiaan itu hilang begitu sahaja... Eyla tak pernah tahu macam rasanya bahagia... Eyla pun tak tahu apa yang Eyla inginkan dalam hidup Eyla ini. Cuba untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Cuba untuk terbaik untuk orang2 yang Eyla sayang.. Tapi kenapa kebahagiaan itu hanya menyinggah sekejap didalam hidup ini?..



Persoalan demi persoalan mula terbit didalam fikiran.... Iskkk !!! hmm bilakah kebahagiaan akan datang dalam hidup ini ? Cuba korang bayangkan, taip kali kalau eyla keluar jalan2 tengok orang lain happy2 dengan family masing2,,, hati ini tersentuh dan terasa ingin menangis.. Betapa cemburunya melihat orang lain bergembira bersama family masing2... Eyla ?? Alangkah bahagianya Eyla jika 23 tahun yang lalu mak ayah Eyla tidak berpisah... Mesti Eyla ada sebuah keluarga yang amat bahagia sekarang ini. Tapi eyla tak boleh salahkan Qada dan Qadar. Mungkin ada sebab kenapa dan mengapa perpisahan itu terjadi. Eyla tidak boleh menyalahkan takdir. Mungkin ada hikmah disebaliknya...


Eyla tetap merasa sunyi.. Eyla juga terlalu dahagakan kasih sayang daripada mak dan abah eyla. Walaupun nenek dan arwah toki yang membesarkan eyla,tetapi kasih sayang dari seorang ibu itu orang kata berlainan.. Tapi eyla tak pernah membenci mak abah eyla.. Tanpa mereka, belum tentu eyla ada kat dunia ini.. Apa2 pun eyla masih menghormati mereka berdua,walaupun hubungan kami itu tidak rapat. Apa2 pun terima kasih buat nenek dan arwah toki yang dah membesarkan eyla, jasa mereka berdua ini terlalu bereerti buat eyla.. Tak terbalas rasanya... Eyla sayang nenek dan toki... :')

MEMO :- DALAM KEHIDUPAN INI TIDAK SEMUA MEMPUNYAI KEHIDUPAN BERKELUARGA YANG BAHAGIA, KERANA MASIH RAMAI DILUAR SANA YANG ANAK YATIM, BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI KELUARGA, HARGAILAH KELUARGA ANDA, SAYANGI MEREKA JANGAN MENJADI ANAK YANG MENDERHAKA.

0 comments:

Post a Comment

 

nothing about me. Design By: SkinCorner