Sunday 30 December 2012

KeNanGaN iTU

Kenangan itu yang masih ku simpan didalam ingatan ku. Yang tak pernah ku lupa sehingga kini. Tetapi adakah insan yang aku sayang itu masih mengingati kenangan itu . Detik perkenalan pada awal tahun 2011 merupakan kenangan yang sukar untuk dilupakan.. Bermula di laman sosial MIRC kami berkenalan. Bermula dengan usik-mengusik, bertukar2 number telefon.Akhirnya kami berkawan dan menjadi seorang kekasih akhirnya.

Tiga bulan kami berkawan dan menjadi kekasih, pada tarikh 1/7/2011 ( jumaat ) akhirnya kami bertemu. Detik yang amat bermakna. Yerla selama ini kami hanya berbual2 melalui telefon, 3g dan skype sahaja. Bila dah bertemu depan2 ini perasaan itu lain rasanya. Alhamdulilah akhirnya bertemu juga, walaupun pada awal perjumpaan itu berlaku macam2 dugaan. Yerla mana taknya, dia tak pernah naik bas. Dan tak pernah sampai ke seremban, tut tut tiba2 dia boleh sampai ke Kuala Lumpur... Rasa nak tergelak sakan masa itu tapi tahan jerla. Yerla kita kenalah menjaga hati orang yang kita sayang.

Dalam masa kami bercinta terlalu banyak dugaan, dengan gangguan kekasih lama sidia yang betul2 menguji tahap kepercayaan aku pada si dia. Tapi atas nasihat2 orang lebih berpengalaman dan lebih berusia akhirnya aku mempertahankan juga perhubungan kami. Walaupun kekasih lama si dia sanggup aibkan sidia di facebook. Dengan update picture separuh bogel di laman sosial facebook. Hanya Allah yang mengetahui pada saat itu. Tapi aku bersyukur kerana pada saat itu terlalu ramai yang memberi sokongan dan semangat padaku. Terima kasih buat mereka yang dah banyak membantu aku pada saat itu.

Dalam setiap perhubungan itu ada pasang surutnya. Aku juga tidak terkecuali, entah kenapa sejak akhir2 itu sidia seperti mengabaikan aku. Salah aku ke ? Aku ada buat salah ke ? Sehingga lah pada suatu hari si dia tiba2 menghilangkan diri. Hmmmm, siang malam call. Tak pernah sekalipun sidia mengangkat call aku. Setiap  kali aku sms tidak pernah satu pun dia reply. Sedih dihati ini tidak dapat ku gambarkan. Setiap hari aku berdoa agar satu hari nanti Allah tunjukkan kebenarannya. Setiap malam, airmata menjadi teman yang setia.

Tiga bulan sidia menghilangkan diri, pada saat aku ingin membuang segala memori itu. Tiba2 sidia muncul kembali.. Saat itu hanya Allah yang mengetahui betapa gembira hati ini yang tak dapat ku gambarkan. Terima kasih Ya Allah kerana dah makbulkan doaku. Tetapi kegembiraan itu hanya sekejap sahaja, apabila si dia menyatakan bahawa dia telah bernikah.. Ya Allah betapa hancur hatiku ini hanya Allah yang tahu. Siang malam aku menangis, betapa sakitnya hatinya ini.. Tiada siapa yang tahu. Tapi hidup perlu diteruskan..

Tapi sehingga ini aku masih sayang dan cintakan dia. Tapi macam bodoh lak kalau aku terus mengharap dia pulang kembali pada aku. Kerana semua itu takkan terjadi, kerana dia sudah menjadi hak milik orang lain. Apa2 kenangan dulu akan tetap aku simpan didalam hati ini sebagai memori yang terindah... Buat Sidia yang aku sayang, aku mendoakan agar kau bahagia bersama isteri tersayang. Sayang macam mana sekalipun aku padamu, jika telah ditetapkan aku bukan milikmu aku tetap bukan milikmu. Kerana itulah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Terima kasih kerana pernah mengembirakan diri ini dan pernah menyayangi dirimu... 

# TIDAK PERNAH DIRI INI MEMBENCI DIRIMU, MALAH DIRI INI SENTIASA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN DIRIMU DENGAN PASANGANMU#

0 comments:

Post a Comment

 

nothing about me. Design By: SkinCorner